Sunday, September 6, 2009

DugaanNYA..

banyak dugaan yang perlu dihadapi pada bulan puasa. antara dugaan yang aku hadapi kali ini adalah accident.

pagi isnin itu ditemani hujan renyai. memandangkan aku ada kelas costing pada pukul 10am, aku terpaksa meredah kabus pagi ditemani hujan. aku bertolak dari rumah selepas subuh. perjalanan dari rumah aku ke campus mengambil masa lebi kurang 3 jam. so, terpaksa r aku bawak motor dengan agak lincah.

aku tiba di tol kulai dalam pukul 7 lebih. langit masih agak gelap kerana hujan masih membasahi bumi. aku memasuki kawasan lebuhraya dan setibanya aku di selekoh tajam aku gagal mengawal motorku lalu terjatuh lalu aku terseret dan kakiku berlanggar dengan pembahagi jalan. sakitnya tuhan saja yang tahu. aku melihat kaki kiriku yang berlumuran darah. seluar hujanku koyak dari atas sampai bawah. aku hanya mampu duduk seketika memikirkan apa yang patut aku lakukan. kereta-kereta yang lalu di situ hanya memperlahankan kenderaan lalu meneruskan perjalanan. adakah mereka tidak perasan akan kewujudanku di situ?ataupun sengaja buat tak nampak? lalu aku menguatkan diriku untuk bangun dan mengangkat motorku yang tersadai di tengah jalan. aku mengambil keputusan untuk patah balik ke plaza tol dan membasuh luka. aku menongkah arus jalan untuk pergi ke plaza tol.

sesampai di plaza tol aku pergi ke toilet untuk membersihkan luka. baru sahaja aku cuba untuk membasuh luka kecil di tangan, aku membatalkan niat untuk meneruskan sesi membersihkan luka kerana kepedihan yang amat sangat. aku keluar dari toilet dan seorang pakcik cleaner berbangsa india yang baik hati telah menyapa aku dan menolongku. selang beberapa minit selepas itu seorang lelaki berbangsa cina juga turut mengambil berat apabila ternampak aku. aku berasa agak terharu kerana ada orang yang sudi membantuku tetapi sedikit terkilan kerana mereka yang berlainan bangsa dan agama yang membantuku, bukan mereka yang sebangsa dan seagama denganku.

walaupun aku terpaksa escape class selama seminggu, tapi aku redha dengan ujian yang diberikan olehNYA kepadaku kerena setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dan setiap kesakitan yang tuhan berikan adalah kifarah(penghapus dosa).

1 comment:

  1. hola! welcome to my blog bro..hehe

    ReplyDelete