Friday, September 11, 2009

Mak..

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...

bolehkah kau kirim wang untuk Mak?

Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".


Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau Mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....


Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Hampir menitis air mataku apabila membaca kisah di atas ini. Jika direnung sejenak memuhasabah diri ini, ada benarnya apa yang dicoretkan di atas. Sebak menyentap hatiku. Wajah mak terlakar di ingatan. Rinduku semakin menebal. Lebih-lebih lagi apabila memikirkan aku akan keseorangan lagi di pagi raya tahun ini. Disebabkan oleh 'mereka' yang @$#&*, aku terpaksa bersendiri di pagi raya. Tak dapat merasa dikejut oleh mak di pagi raya, tak dapat bermanja dengan mak apabila hendak bersiap untuk ke masjid, tak dapat meminta tolong mak untuk membantuku memakai songket. Dan perkara yang paling menyentap perasaanku lagi adalah aku tak dapat bersalaman memohon kemaafan daripada mak apabila selesai menunaikan solat sunat hari raya. Kesayuan takbir raya diiringi kepiluan didada. Mak, ampunkanlah segala salah silapku sejak kau bersabung nyawa melahirkanku. aku kerana tidak mampu menjadi yang terbaik untukmu. Maafkanlah aku kerana tidak mampu menjadi yang terbaik untukmu. Terima kasih untuk semua yang telah kau lakukan untukku.Ya Allah, Kau ampunilah dosa ibu bapaku. Kau berkatilah mereka dan berikanlah mereka kebaikan di dunia dan di akhirat. Amin.

Sunday, September 6, 2009

DugaanNYA..

banyak dugaan yang perlu dihadapi pada bulan puasa. antara dugaan yang aku hadapi kali ini adalah accident.

pagi isnin itu ditemani hujan renyai. memandangkan aku ada kelas costing pada pukul 10am, aku terpaksa meredah kabus pagi ditemani hujan. aku bertolak dari rumah selepas subuh. perjalanan dari rumah aku ke campus mengambil masa lebi kurang 3 jam. so, terpaksa r aku bawak motor dengan agak lincah.

aku tiba di tol kulai dalam pukul 7 lebih. langit masih agak gelap kerana hujan masih membasahi bumi. aku memasuki kawasan lebuhraya dan setibanya aku di selekoh tajam aku gagal mengawal motorku lalu terjatuh lalu aku terseret dan kakiku berlanggar dengan pembahagi jalan. sakitnya tuhan saja yang tahu. aku melihat kaki kiriku yang berlumuran darah. seluar hujanku koyak dari atas sampai bawah. aku hanya mampu duduk seketika memikirkan apa yang patut aku lakukan. kereta-kereta yang lalu di situ hanya memperlahankan kenderaan lalu meneruskan perjalanan. adakah mereka tidak perasan akan kewujudanku di situ?ataupun sengaja buat tak nampak? lalu aku menguatkan diriku untuk bangun dan mengangkat motorku yang tersadai di tengah jalan. aku mengambil keputusan untuk patah balik ke plaza tol dan membasuh luka. aku menongkah arus jalan untuk pergi ke plaza tol.

sesampai di plaza tol aku pergi ke toilet untuk membersihkan luka. baru sahaja aku cuba untuk membasuh luka kecil di tangan, aku membatalkan niat untuk meneruskan sesi membersihkan luka kerana kepedihan yang amat sangat. aku keluar dari toilet dan seorang pakcik cleaner berbangsa india yang baik hati telah menyapa aku dan menolongku. selang beberapa minit selepas itu seorang lelaki berbangsa cina juga turut mengambil berat apabila ternampak aku. aku berasa agak terharu kerana ada orang yang sudi membantuku tetapi sedikit terkilan kerana mereka yang berlainan bangsa dan agama yang membantuku, bukan mereka yang sebangsa dan seagama denganku.

walaupun aku terpaksa escape class selama seminggu, tapi aku redha dengan ujian yang diberikan olehNYA kepadaku kerena setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dan setiap kesakitan yang tuhan berikan adalah kifarah(penghapus dosa).

Thursday, August 13, 2009

Permulaan..



Testing..testing..1,2,3..
Permulaan terhadap sebuah kehidupan di dalam blog. Actually this is my 1st time writing in a blog. So, klw banyak kekurangan harap dimaafkan.

Sebenarnya aku tak reti menulis. Bukan menulis ABC, I mean buat karangan la. Aku paling tak reti nak bercerita sebab takut orang x faham apa sebenarnya yang aku cuba nak sampaikan. Tapi aku sangat-sangat suka mendengar cerita or masalah orang (busybody =P). Bila orang jadikan kita tempat mereka meluahkan masalah, kita akan rasa diperlukan dan dihargai. Bila kita bagi pendapat tentang masalah mereka, kita akan rasa happy. Walaupun kita tak dapat tolong mereka secara langsung, kita akan rasa 1 kepuasan yang mmg best.

So, kalau ade apa-apa masalah, share r dengan someone yang korang sayang or sesiapa yang korang percaya. Maybe it is not solving your problem but believe me, it will go slowly. So, hiduplah dengan kegembiraan yang terukir di wajah walaupun ianya tersirat dengan seribu macam masalah.