Thursday, September 15, 2011

penantian selepas hujan

akankah ada pelangi selepas hujan
siapa yang dapat memberi jaminan
tidakkah awan menjadi penghalang
bagi mentari membiaskan harapan

akankah muncul bintang selepas hujan
menjadi penyeri langit malam
siapa yang mampu memberi jaminan
yakinkah awan bukan penghalang

hujan seakan tidak mahu berhenti
perlukah aku tetap menanti
langit terselindung dibalik mendung awan
suram mendominasi hati dan perasaan

ku pohon petunjukMu tuhan
ku pohon pertolongonMu tuhan
dalam mencari sebuah keredhaan