Tuesday, March 29, 2011

Mereka tidak tahu

Di mata mereka aku tersenyum..

hakikatnya aku bersedih..

mereka tidak tahu..

di telinga mereka aku ketawa..

hakikatnya aku menangis..

mereka tidak tahu..

di hadapan mereka aku diam..

hakikatnya aku menjerit..

mereka tidak tahu..


Mereka tidak tahu..

tidak pula mencari tahu..

mereka hanya menunding jari ke arahku..

menyimpulkan itu adalah salahku..

mereka tidak tahu..


Cukup bagiku andai dia tahu..

mengapa begini dan pula begitu..

walaupun mereka masih tidak tahu..

masih lagi menunding jari padaku..

biarkan mereka yang tidak mahu tahu..

biarkan mereka tetap disitu..

kerana tuhan lebih tahu..

No comments:

Post a Comment